Apr 26, 2012

JATIDIRI PESERTA KAWAD KAKI DIUJI DALAM PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM DAERAH KULAIJAYA 2012

25 April 2012 : Penutupan rasmi oleh PPD Kulaijaya

Yang Berusaha Datin Hjh Hasnah Md Sem
Pegawai Pelajaran Daerah,
Daerah Kulaijaya

KULAIJAYA 25 April - BERMULA dengan penubuhan pasukan beruniform sekolah, Unit Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK) berjaya menganjurkan pertandingan kawad kaki peringkat sekolah-sekolah menengah dan rendah sejajar dengan tuntutan pendidikan semasa. Program yang dilaksanakan ini adalah sejajar dengan visi dan misi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya iaitu " Sekolah Unggul Generasi Terbilang" dan " Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti."



Pegawai Pelajaran Daerah, Datin Hjh Hasnah Md Sem berkata, bagi melahirkan modal insan berketrampilan, kawad kaki merupakan salah satu program pendidikan dan latihan berteraskan empat aspek penting iaitu pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Melalui empat aspek tersebut, penekanan diberikan kepada komponen asas latihan kawad kaki yang menekankan tiga dimensi iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk melahirkan murid yang bukan sahaja berdaya saing tetapi mempunyai nilai integriti dan sahsiah yang tinggi." katanya.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra dan SMK Bandar Tenggara 2, johan kategori Kadet Remaja Sekolah lelaki dan perempuan. Manakala SMK Sultan Ibrahim dan SMK Bandar Tenggara johan kategori badan kerajaan (GO), SMK Bandar Tenggara 2 dan SMK Sultan Ibrahim johan kategori badan bukan kerajaan (NGO). Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya diketuai oleh ketua hakim dan pembantu, Abdul Jalil Ahmad, kategori Kadet Remaja Sekolah, Jalil Buyadi, badan kerajaan, Mohd Zakir Ahmad, badan bukan kerajaan dan ketua hakim audit, Azrul Nizam Abdul Rahim.

Turut hadir pada majlis penutupan tersebut ialah Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, Shahat Md Shah, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kulai, Penyelia Kokurikulum, Johan Hj Nasir, pengetua-pengetua, penolong kanan kokurikulum dan guru-guru penasihat pasukan badan beruniform sekolah.

No comments:

Post a Comment