Sep 27, 2014

KONTINJEN KULAIJAYA MENJUARAI PERTANDINGAN KAWAD KAKI NGO (L) SR DAN SM PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SELATAN 2014

27 September 2014: Kulaijaya Juara 2014

27 September 2014 : Padang Kawad UTHM
Ucapan Pengarah Pendidikan Negeri Johor
Pertandingan Kawad Kaki kategori Agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Zon Selatan 2014 melaburkan tirainya apabila Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Yang Berbahagia Tuan Haji Amuniddin Adam menutup rasmi majlis tersebut di Astaka, Padang Kawad, Universiti Teknologi Hussein OnnMalaysia (UTHM), Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Buat pertama kalinya pasukan pengakap dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara di bawah bimbingan Cikgu Mohd Hasry Mustakim menjadi juara kebangsaan kategori Agensi Bukan Kerajaan (Lelaki) 2014. Kejayaan ini dikongsi sama oleh Pengetua, Puan Zaharah Mohd Jani dan semua warga sekolah. 
Penolong Pengarah Pasukan Badan Beruniform,Rosli Tumiran bersamaKetua Unit Kokurikulum, TuanHaji Kamarudin Mohamad Tahir. 
Pasukan pengakap sekolah
SMK Bandar Tenggara Video klip pasukan pengakap


Meraikan kejayaan sulung kebangsaan.

Berdoa 
Penolong Pegawai Daerah Kulai, Encik Mansor Othman dan Elanggovan a/l Savarimuthu dan Encik Johan Hj Nasir juga mengucapkan tahniah kepada SMK Bandar Tenggara kerana maraih kejayaan terulung malah bergembira apabila pasukan kedua dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1, juga muncul johan kebangsaan kategori NGO (L) sekolah rendah.

Memohon keredaan Allah sebelum pertandingan


Meraikan kejayaan SK Bandar Tenggara 1, Kulaijaya,
Komitment Ibu bapa dan guru bersama pasukan pengakap bimbingan Cikgu Salam Rohani

Link ke peristiwa :-