May 2, 2012

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM KATEGORI AGENSI KERAJAAN (GO) PEREMPUAN PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2012


2 Mei 2012 : Perasmian Penutup di Todays Mall, Tiram
Ketua Unit Kokurikulum JPNJ
Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir

Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor, Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir menutup rasmi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Kategori Agensi Kerajaan -GO (perempuan) Peringkat Negeri Johor Tahun 2012 di Todays Mall, Ulu Tiram, Johor petang ini.

Dalam ucapan beliau, objektif utama pertandingan ini ialah untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin, berletrampilan dan berwibawa melalui aktiviti kawad kaki. Tambahnya, tahniah kepada pasukan yang menang dan syabas kepada yang tidak berjaya. Semua pasukan telah menunjukkan persembahan yang terbaik.