PERATURAN

PENGIRAAN MARKAH PERTANDINGAN

Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut:
Persediaan (pakaian)                       : 10%
Kawad asas                                      : 50%
Kawad formasi                                 : 30%
Ketua platun                                     : 10%


RUJUKAN

1.       PENYERTAAN
2.       PENDAFTARAN
3.       PAKAIAN
4.       PADANG KAWAD
5.       JANGKA MASA PERSEMBAHAN
6.       PELAKSANAAN PERTANDINGAN
___________________________________________


1.       PENYERTAAN
1.1     Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan badan beruniform sekolah di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

 1.2     Hanya dua pasukan sahaja akan mewakili sesebuah daerah bagi pertandingan peringkat negeri (satu pasukan bagi setiap kategori). Sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

         a. Kategori lelaki                   b. Kategori perempuan

 1.3     Kontinjen yang menghantar kurang daripada 2 pasukan, pasukan tersebut akan hanya menyertai kategori kategori yang berkenaan sahaja.

1.4     Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah. 

 2.       PENDAFTARAN
     
2.1     Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut.

 2.2     Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada  31 orang dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan.

2.3    Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan).

2.4     Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran yang disahkan (Pengetua) untuk tujuan penyemakan.

3.      PAKAIAN
3.1         Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi


4.       4.  PADANG KAWAD
4.1.    Keluasan litar pertandingan kawa ialah 35 meter x 25 meter ( rujuk pelan )

5.  JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1  Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 17 minit. Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawad. Selepas 17 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi.

5.2  Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman “ BUKA BARISAN ” sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2 bahagian: Kawad Asas dan Kawad Formasi.

5.3     Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut  dan didahului oleh kawad asas.

5.4     Isyarat akan dibunyikan:
a)       pada minit ke 15
            b)       tamat masa

6.      PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1    PERGERAKAN KAWAD

a)       Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi peraturan kawad kaki yang telah ditetapkan.

6.2     BILANGAN ANGGOTA
a)       Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk ketua platun ketika bertanding.

b)       Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak (iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaan.

c)  Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad dijalankan untuk setiap pasukan dengan kebenaran pihak penganjur atas alasan yang munasabah.

PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIANa)       Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan. ( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawad )

Catatan (1):

1.    Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri  semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.

3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5 markah.

 4.    TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan.

 5.    Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.

 6.4         PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

 a)    Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing.

 b)   TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau ‘pssss’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan ( hentak kaki ) formasi dari ketua platun sahaja.

 c)    Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi hukuman/arahan kawad formasi.

 d)   Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi.

 e)    Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan. ( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan 3 barisan menghadap ke hadapan )

 f)     Pergerakan selain daripada kawad ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 5 pergerakan.

g)  Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur
     tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan
     sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.

h)   Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :
i)        Keluar kawasan
ii)       Memberi isyarat dll.

6.5     MELAPOR KELUAR
a)       Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.
( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan tugas……………tuan. )

6.7     PENGHAKIMAN

a) Hakim terdiri daripada wakil dari setiap negeri bagi kedua-dua kategori.
b) Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah paling tinggi dan yang paling rendah tidak diambil kira.
c) Untuk Pertandingan Kawad kaki Pasukan Kadet Remaja Sekolah ( KRS) hakim terdiri daripada wakil Kadet Remaja Sekolah (KRS) sahaja.
 d)       Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah kawad dinamik  akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah kawad statik akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira.
 e)       Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika kawad dinamik atau formasi ditolak  1 markah untuk 1 item.

 f)       Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut:

Persediaan (pakaian)         : 10%

Kawad asas                      : 50%

Kawad formasi                  : 30%

Ketua platun                     : 10%

 g)       Keputusan hakim adalah muktamad,

 6.8     PEMARKAHAN KETUA PLATUN

a)    Pemarkahan ketua platun diadili oleh hakim dari hakim yang  dilantik (Menggunakan borang pemarkahan Ketua Platun ).

6.9     PERINGKAT PERTANDINGAN
a)       Pertandingan akan dijalankan pada 4 peringkat iaitu :
                   i.        Peringkat Sekolah
                   ii.       Peringkat Daerah / Zon
                   iii.      Peringkat Negeri
                   iv.      Peringkat Kebangsaan.
 

2 comments:

  1. Sila emailkan kepada absurvi@gmail.com jika anda ingin mendapatkan soft copy syarat-syarat pertandingan kawad kaki. Terima kasih

    ReplyDelete