May 8, 2012

MESYUARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI BIL 1/2013

KULAIJAYA : 2 April 2013: SMK Kota Kulai

Mesyuarat Pertandingan Kawad Kaki Bil 1/2013
Mesyuarat Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kulaijaya Bilangan 1/ 2013 bertempat di SMK Kota Kulaijaya berjalan lancar. Semua Penolong Kanan (PK) Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Daerah Kulaijaya turut hadir.

Penyelia Pasukan Badan Beruniform PPD Kulaijaya, Johan Hj Nasir mempengerusikan mesyuarat tersebut..
Keputusan penting:-
1. Tarikh Pertandingan : 18 April 2013 (Khamis)
2. Tempat : SMK Kota Kulai

Muat turun : MINIT CURAI PERTANDINGAN

May 2, 2012

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM KATEGORI AGENSI KERAJAAN (GO) PEREMPUAN PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2012


2 Mei 2012 : Perasmian Penutup di Todays Mall, Tiram
Ketua Unit Kokurikulum JPNJ
Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir

Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor, Tuan Hj Kamarudin Mohd Tahir menutup rasmi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Kategori Agensi Kerajaan -GO (perempuan) Peringkat Negeri Johor Tahun 2012 di Todays Mall, Ulu Tiram, Johor petang ini.

Dalam ucapan beliau, objektif utama pertandingan ini ialah untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin, berletrampilan dan berwibawa melalui aktiviti kawad kaki. Tambahnya, tahniah kepada pasukan yang menang dan syabas kepada yang tidak berjaya. Semua pasukan telah menunjukkan persembahan yang terbaik.

Apr 26, 2012

JATIDIRI PESERTA KAWAD KAKI DIUJI DALAM PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM DAERAH KULAIJAYA 2012

25 April 2012 : Penutupan rasmi oleh PPD Kulaijaya

Yang Berusaha Datin Hjh Hasnah Md Sem
Pegawai Pelajaran Daerah,
Daerah Kulaijaya

KULAIJAYA 25 April - BERMULA dengan penubuhan pasukan beruniform sekolah, Unit Sektor Pembangunan Kemanusiaan (SPK) berjaya menganjurkan pertandingan kawad kaki peringkat sekolah-sekolah menengah dan rendah sejajar dengan tuntutan pendidikan semasa. Program yang dilaksanakan ini adalah sejajar dengan visi dan misi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya iaitu " Sekolah Unggul Generasi Terbilang" dan " Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti."

Apr 19, 2012

MESYUARAT PENGURUSAN DAN MESYUARAT HAKIM

19 April 2012 : Dua mesyuarat berjalan serentak, di SMK Tunku Abdul Rahman Putra dan SMK Kota Kulai

Penolong PPD Kulaijaya, Kokurikulum
Dua mesyuarat berjalan serentak, kata Penolong PPD Kulaijaya, Kokurikulum, Ellangovan. Pertama, mesyuarat pengurusan dan kedua, mesyuarat hakim di SMK Tunku Abdul Rahman Putera. Beliau berterima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh 15 buah sekolah, termasuk SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura. Bersama-sama beliau ialah Johan Hj Nasir, penyelia Pasukan Badan Beruniform daerah Kulaijaya.

Apr 8, 2012

MESYUARAT PERTAMA


5 April 2012:

Pertandingan kawad kaki tahun ini diadakan di dua lokasi yang berbeza, kata Penyelia Kokurikulum, Johan Hj. Nasir pada mesyuarat pertama tahun ini. Beliau mengumumkan bahawa SMK Tunku Abdul Rahman Putra untuk pertandingan Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan kedua, di SMK Kota Kulai, Kulaijaya untuk Badan Kerajaan (GO) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).