Apr 18, 2013

MAJLIS PENUTUPAN PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA BERJALAN LANCAR.

KULAIJAYA : 18 April 2013 SMK KOTA KULAI


Pertandingan kawad kaki tahun ini mendapat sambutan baik daripada sekolah-sekolah menengah daerah Kulaijaya. Seramai 1435 orang murid telah turut bertanding dalam tiga kategori iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Agensi Kerajaan (GO) dan  Agensi Bukan Kerajaan (NGO). Secara keseluruhannya sebanyak  41 pasukan telah mengambil bahagian, 24 daripadanya ialah pasukan puteri.

Penolong Pegawai Pelajaran, Elanggovan a/l M. Savarimuthu wakil rasmi Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, telah menutup rasmi Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform Sekolah-sekolah Menengah Peringkat Daerah Kulaijaya 2013.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan yang berjaya dan syabas kepada yang belum berjaya. Katanya lagi, ucapan tahniah dan terima kasih juga diberikan kepada Pengetua SMK Kota Kulai, Rahmah Sulaiman, Penolong Kanan Kokurikulum Bahrin Omar serta jawatankuasanya yang telah bertungkus lumus dalam membuat persiapan rapi bagi menjayakan pertandingan kawad kaki kali ini. Begitu juga kepada semua jawatankuasa pengelola yang diketuai oleh Penyelia Unit Pakaian Beruniform, Johan Nasir.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua murid yang terlibat. Harapan beliau, semangat juang yang tinggi, berdisiplin, patuh kepada arahan ketua dan semangat bekerja dalam pasukan perlu diteruskan agar jati diri seseorang individu itu semakin mantap. Kawad kaki merupakan latihan terbaik dalam membina insan yang harmonis, cekap dan berwawasan.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara telah mencipta rekod pada tahun ini apabila ketiga-tiga ketua platun yang bertanding iaitu Pengakap (putera) diketuai oleh Farid Izzudin Zulkifli, Kadet Polis (puteri); Nur Shahira Mohd Ariffin dan Pandu Puteri; Hazira Shamsul Ihtihsham telah dinobatkan sebagai ketua platun terbaik peringkat daerah Kulaijaya.
Ketua Platun Terbaik NGO (L)
Ketua Platun Terbaik GO (P)


Ketua Platun Terbaik NGO (P)
SMK Kota Kulai menampilkan dua orang yang menjadi ketua platun  
terbaik KRS (putera dan puteri) iaitu Al Husriff Arjuna dan Nurul Ain Abdullah manakala Liew Zhoo Ting daripada pasukan Kadet Bomba, SMK Senai
Ketua Platun Terbaik GO (L)
Muat turunKEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH KULAIJAYA TAHUN 2013
Disediakan oleh : SMK Sultan Alauddin, Felda Bukit Besar, Kulaijaya. JK Penghakiman.

Muat turun Laporan Buletin (bergambar):
1. BULETIN KAWAD KAKI 2013
2. KETUA-KETUA PLATUN (GO, KRS dan NGO)




KEPUTUSAN KAWAD KAKI
KADET REMAJA SEKOLAH ( LELAKI)

PERTAMA : SMK KOTA KULAI
KEDUA: SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
KETIGA : SMK SERI PINANG

KETUA PLATUN TERBAIK : SMK KOTA KULAI ( Al Husriff Arjuna)


KADET REMAJA SEKOLAH (PEREMPUAN)

PERTAMA: SMK SULTAN ALAUDDIN
KEDUA: SMK BANDAR TENGGARA 2
KETIGA : SMK KOTA KULAI

KETUA PLATUN TERBAIK: SMK KOTA KULAI ( Nurul Ain Abdullah)


AGENSI KERAJAAN (GO- LELAKI)

PERTAMA: SMK SENAI (Kadet Bomba)
KEDUA: SMK BANDAR PUTRA (Kadet Bomba)
KETIGA : SMK KULAI BESAR (Kadet Polis)

KETUA PLATUN TERBAIK; SMK SENAI ( Liew Zhoo Ting)


AGENSI KERAJAAN (GO- PEREMPUAN)

PERTAMA: SMK BANDAR TENGGARA 2 (Kadet Polis)
KEDUA: SMK TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA (Pasukan Institusi Pertahanan Awam)
KETIGA : SMK BANDAR TENGGARA (Kadet Polis)

KETUA PLATUN TERBAIK : SMK BANDAR TENGGARA ( Shahira Mohd Ariffin) 


AGENSI BUKAN KERAJAAN (NGO- LELAKI)

PERTAMA: SMK BANDAR TENGGARA (Pengakap)
KEDUA: SMK SULTAN IBRAHIM (Pengakap)
KETIGA : SMK BANDAR TENGGARA 2 (Pengakap)

KETUA PLATUN TERBAIK : SMK BANDAR TENGGARA (Mohd Farid Izzudin Zulkifli)


AGENSI KERAJAAN (NGO- PEREMPUAN)

PERTAMA: SMK SULTAN IBRAHIM (Pengakap)
KEDUA: SMK KELAPA SAWIT (Bulan Sabit Merah Malaysia)
KETIGA : SMK SENAI (Bulan Sabit Merah Malaysia)

KETUA PLATUN TERBAIK : SMK BANDAR TENGGARA (Hazira Shamsul Ihtihsham)

No comments:

Post a Comment